Mengenai Laman Pusat Sumber Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu


Pusat Sumber Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PSPKKM) adalah satu laman web khas yang ditubuhkan untuk mengumpul segala bahan rujukan atau pun topik mengenai Melayu. Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu adalah pusat yang aktif menjalankan kajian mengenai orang Melayu dan kajian-kajian tersebut dipecahkan dalam beberapa aspek kajian/ bidang merangkumi ekonomi dan pembangunan Melayu, pendidikan Melayu, isu-isu sosial berkaitan orang Melayu, kefahaman dan pengamalan islam dalam kalangan masyarakat Melayu serta hal-hal yang berkaitan dengan kebijaksanaan Pribumi Melayu yang memfokuskan kepada teknologi dan warisan-warisan yang mencerminkan kecemerlangan. Di samping itu juga, laman ini turut menjadi platform mengumpulkan tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan bermakna dalam mencemerlangkan Melayu.

Dengan sendirinya, laman web ini sebagai tempat pengumpulan segala bahan berkenaan Melayu (penyelidikan dan penerbitan), lalu memudahkan rujukan mengenai orang Melayu dilakukan.