• PUSAT SUMBER KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU
  • pkkm@um.edu.my
  • +603-79677284
logo
logo

SENARAI USAHAWAN MELAYU YANG TERSENARAI DALAM "THE FORBES 30 UNDER 30 ASIA

ARBA Travel & Tours

Orkid Cosmetic

TheLorry

NH Prima International

 Ammar Roslizar & Ammar Shahrin, Pengasas 

Raeesa Syahirah, Pengasas
Nadhir Ashafiq, Pengasas bersama

Neelofa, Pengasas

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia pada 2018 bagi kategori "Retail & E-Commerce", Ammar Roslizar dan Ammar Shahrin mengasaskan ARBA Travel pada 2014, sebuah agensi pelancongan yang menawaran pelancongan Halal. Syarikat ini yang bertempat di Kuala Lumpur telah melebarkan sayapnya ke Korea, dan dijangka memasuki pasaran Indonesia pada 2019.

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia bagi kategori Retail & E-Commerce pada tahun 2018, Raeesa di bawah produknya"Orkid Cosmetic" mensasarkan produk kosmetik halal dan organik bagi golongan muda. Kini, produk tersebut telah berjaya menembusi pasaran Singapura, Bangladesh dan Arab melalui platform atas talian.

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia pada 2017 bagi kategori "Industry, Manufacturing & Energy", TheLorry merupakan syarikat perkhidmatan lori sewa yang diilhamkan oleh dua sahabat, Nadhir Ashafiq and Goh Chee Hau pada tahun 2014.TheLorry turut meluaskan perkhidmatan ke luar negara seperti di Singapura, Thailand, dan Indonesia.

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia bago kategori "Retail & E-Commerce"pada 2017, Neelofa memasarkan tudung di bawah jenama Naelofar Hijab. Jenama ini telah menembusi 38 negara.

Yazrie Mohd Shukri, Pengasas
Vivy Yusof, pengasas bersama
Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman, Pengasas
Faeez Fadhlillah, Pengasas

Tersenarai dalam The Forbes 30 Under 30 Asia pada 2017 bagi kategori "Medi , Marketing & Advertising, Mohd Yazrie Mohd Shukri, menyediakan perkhidmatan pelayaran over-the-top streaming melalui KLIX pada tahun 2016

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia pada tahun 2017 bagi kategori "Retail & E-Commerce, Vivy Yusof menawarkan pelbagai produk di bawah FashionValet. dengan platform FashionValet.

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia pada 2017 bagi kategori "Social Entreprenuers", Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman telah membangunkan Hospitals Beyond Boundaries (HBB), yang merupakan sebuah organisasi yang menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan di Malaysia dan Kemboja.

Tersenarai dalam The Forbes 30 under 30 Asia bagi kategori "Retail & E-Commerce" pada tahun 2016, Tripfez merupakan syarikat yang diasaskan oleh Faeez Fadhlillah. Syarikat ini menawarkan pakej pelancongan Muslim yang boleh diakses melalui aplikasi Tripfez. 

Usahawan lain yang turut menunjukkan kecemerlangan adalah seperti berikut :-

Blancheur
Jenama pakaian Blancheur yang diasaskan Datin Haslinda Abdul Rahim pada tahun 2014, mensasarkan penghasilan pakaian muslimah seperti  tudung, baju kurung, dan juga telekung. Berpeluang memperagakan rekaan ke luar negara antaranya di Nanjing, Shanghai, Paris, Dubai, dan London, kini jenama Blancheur berjaya di promosikan di luar negara menerusi bantuan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Antarabangsa (MATRADE). 

SO.LEK
SO.LEK merupakan satu produk kosmetik yang diusahakan oleh dua beradik, Luqman Juhari dan kakaknya Dahlia Nadirah Juhari. Melalui R&D serta ilmu perniagaan yang dipelajari,SO.LEK kini sudah mempunyai 7 jenis produk dan telah mendapat sijil perakuan halal dari JAKIM. Jenama ini juga sudah mulai memasuki rangkaian farmasi dan kedai terpilih malahan, bakal menembusi pasaran antarabangsa iaitu Kanada, Eropah dan Amerika Syarikat selain pasaran serantau di Singapura, Indonesia, dan Brunei.

PasarTap
Diasaskan oleh dua sahabat, Hisham Talib dan Hafiz Hassim, syarikat ini menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan makanan 'basah' seperti ikan, daging, dan lain-lain. Aplikasi PasarTap yang dibangunkan mengisi pasaran pesanan atas talian sedia ada. Aplikasi ini boleh diakses di sekitar Kuala Lumpur, dan bakal diperluas ke seluruh Lembah Klang. 

Usahawan MDEC
Terdapat lain-lain usahawan yang turut boleh dibanggakan. Di bawah inisiatif MDEC, usahawan-usahawan yang berjaya di bawah program yang dilaksanakan turut menceburi bidang-bidang perkhidmatan, di samping produk-produk makanan.

Usahawan PUNB

Di bawah inisiatif  Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), terdapat ramai usahawan yang berjaya di dalam perniagaan yang diceburinya. Antaranya perniangaan berasaskan makananan, perabot, kosmetik, dan lain-lain lagi. 

Highlights

Last Update: 16/04/2021