• PUSAT SUMBER KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU
  • pkkm@um.edu.my
  • +603-79677284
logo
logo

 

Untuk membantu para usahawan supaya perniagaan yang diusahakan dapat diperkembang serta bersaing di pasaran terbuka, beberapa inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti bantuan dana dan geran. Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang telah dilaksanakan.

 

DanaNITA

Lebih tertumpu untuk usahawan wanita dan telah memberi manfaat kepada 400 usahawan

Khusus untuk wanita yang berumur 18 hingga 60 tahun

Had pembiayaan adalah sehingga RM50,000 di bawah peruntukan MARA

Maklumat selanjutnya di pautan LINK ini.

 

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)

Geran sehingga RM500,000 bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan

Di bawah kelolaan TERAJU

Maklumat selanjutnya di pautan LINK ini. 

 

Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)

pembiayaan bagi usahawan yang ingin membeli aset dan modal kerja

kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan seperti SME Bank, RHB bank, Maybank, dan Hong Leong Bank

Maklumat lanjut di pautan LINK ini. 

 

JUMPER

Terdahulu dikenali sebagai (Program Siswazah Perantis) merupakan program khas untuk graduan muda Bumiputera yang ingin memilih kerjaya sebagai usahawan.

Perantis memperoleh elaun dan latihan sepanjang 12 bulan dalam program usahawan yang diperkenalkan.

Di bawah inisiatif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Maklumat lanjut di pautan LINK ini.

 

PEMBIAYAAN MIKRO-I MPPK

Menyediakan pembiayaan sehingga RM3000 untuk penjaja dan peniaga kecil.

Peserta program ini tidak memerlukan penjamin, tiada kadar keuntungan, serta yuran pemprosesan

Progam di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Bank Rakyat

Maklumat lanjut di pautan LINK ini. 

 

Highlights

Last Update: 11/02/2019