• PUSAT SUMBER KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU
  • pkkm@um.edu.my
  • +603-79677284
logo
logo

Usahawan dan peniaga merupakan dua individu yang berbeza.

Di dalam Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai 'entrepreneur'. 'Entrepreneur' merupakan terjemahan daripada Bahasa Perancis 'entreprendre' yang bermaksud, seseorang yang memikul tugas atau mencuba. Dalam bahasa Melayu, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesebuah perniagaan. McClelland (1961) merujuk usahawan sebagai seseorang yang mempunyai inovasi. Sebelumnya, Schumpeter (1934) turut mentakrif usahawan itu merupakan individu yang melakukan inovasi untuk kesejahteraan organisasinya.

Berbeza dengan peniaga, peniaga pula merujuk kepada individu yang menjalankan kegiatan jual beli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya peniaga akan memberi barangan secara pukal dengan harga yang murah sebelum memperdagangkannya semula dengan harga yang lebih mahal.

Untuk memahaminya dengan lebih jelas, berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada usahawan dan juga peniaga.

USAHAWAN

PENIAGA

sentiasa membuat pengubahsuaian pada produk 

 membeli barangan secara pukal untuk dijual semula

sentiasa mencari idea-idea baharu

 harga secara pukal yang diperoleh sangat berbeza dengan harga jualan

lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat

 tidak mencipta barangan sendiri untuk dijual

Highlights

Last Update: 28/02/2019