• PUSAT SUMBER KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU
  • pkkm@um.edu.my
  • +603-79677284
logo
logo

Untuk membantu memajukan serta memperkembang perniagaan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan di Malaysia ke luar negara, terdapat program-program yang telah diadakan oleh pihak kerajaan antaranya :-

 

1. Generation of New Exporters (GenEx)

  • Program ini merupakan kerjasama oleh Perbadanan Perhubungan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Generasi Muda Berjaya (GMB)
  • khusus untuk membantu mengkesport produk ke luar negara
  • khas untuk golongan belia Bumiputera
  • 30 syarikat yang terpilih berpeluang untuk mengeksport barangan ke United Kingdom, Dubai, Singapura, Belanda, dan Qatar
  • Manakala yang tidak terpilih berpeluang mengedar barangan di Malaysian Brand Outlet (MBO) di Jalan Arab, Singapura dan MBO Kedai Mesra

rujukan lanjut : www.matrade.gov.my

 

2. 'Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa 2018' (INOTEKDESA)

  • tertumpu kepada usahawan luar bandar
  • mempamerkan produk sebagai satu cara menyebarluaskan produk kepada umum

rujukan lanjut : https://inotekdesa.rurallink.gov.my/portal/

 

3. Program Bimbingan Usahawan

  • Dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (FAMA)
  • Menyediakan perkhidmatan seperti latihan dan kursus
  • Khusus untuk memulakan perniagaan (lebih tertumpu kepada aspek pemasaran)
  • promosi produk di Pasar Tani

rujukan lanjut : www.fama.gov.my

 

4. e-Founder Fellowship 2018

  • Merupakan inisiatif bersama Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) dan Alibaba Business School
  • membuka potensi usahawan dan merapatkan jurang digital

rujukan lanjut : Efounder Fellowship

 

5. Program eUsahawan

  • Dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
  • Memberi pendedahan dan inspirasi kepada usahawan untuk memanfaatkan kuasa platform digital

rujukan lanjut : eusahawan.mdec.my

 

 

Highlights

Last Update: 31/01/2019