• PUSAT SUMBER KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU
  • pkkm@um.edu.my
  • +603-79677284
logo
logo

Bangsa Melayu mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan arab namun bangsa Melayu mempunyai kemahiran sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan melayu purba ini telah dapat diketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuan. Bidang-bidang itu ialah bidang ; asal kejadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara’id; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 817 buah di UK, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar alam Melayu ini juga dapat di kelaskan kepada bidang-bidang yang sama seperti yang di Alam Melayu itu. Manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat da asal kejadian.

(Sumber : Ensklopedia bebas)


Beberapa senarai bibliografi yang berkaitan bidang ini;

Senarai Bibliografi Teknologi bil. 1
Senarai Bibliografi Teknologi bil. 2
Senarai Bibliografi Teknologi bil. 3
Senarai Bibliografi Teknologi bil. 4
Senarai Bibliografi Teknologi bil. 5

Highlights

Last Update: 30/01/2019